BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 14, 2009

Percubaan pertamaku - 14 june 2009

Hari ini entah macamana aku dapat kekuatan untuk mencipta blog ini. Aku namakan Mutiara Biru. Aku tak tahu macamana aku dapat nama ini. Yang pasti aku suka pada perkataan pearl, jadi aku melayukan dia menjadi Mutiara. Biru pula, aku suka warna biru. Bagiku amat mendamaikan tetapi aku tak suka pakai baju warna biru. Pada pandangan mataku, kalau aku berbaju biru, aku nampak comot. Ha ha ha itulah ragam manusia.

Sebelum ini aku suka membaca blog-blog orang. Lalu terpikir untuk membuat blog sendiri. Ada yang berblog bila berjauhan dari keluarga. Tujuannya untuk menceritakan perkembangan diri yang jauh di rantauan. Ada yang berblog untuk mengasah bakat menulis. Di blog kita bole menulis apa saja. Asalkan tidak menghentam orang tiada siapa yang marah, kan.

Kenapa aku berblog? Aku seorang yang perahsia, jadi di sini boleh lah aku mencurah segala rasa dan rahsia hatiku. Biar aku tidak dikenali tapi aku dikenali melalui emosiku di sini.

4 comments:

SHIMI said...

Salam.
Berblog bukan kerana nama. Berblog untuk meluah rasa. Semoga kamu ketemu apa yang dicari didunia maya ini.

Terima kasih kerana sudi singgah

Dida... said...

Salam dari Yanbu KSA...

Terima kasih kerana sudi singgah diblog saya.. ya.. biru itu memang menyejukkan mata memandang.. one of my fav colur.. :)

Selamat datang ke dunia blogger...

Anonymous said...

Meh masuk dunia kita..meh...dunia yg penuh dgn rahsia. Tapi, segala isi hati boleh dikongsi bersama..

Mutiara Biru said...

Shimi, Dida & Arryani,
Terima kasih kerana berkunjung. Mungkin blog2 kalian telah menjadi inspirasi.